• Yahoo Messenger

  • Skype

    My status
  • Facebook

    NAwwar Baeks's Facebook profile
  • Aidiladha (disebalik tabir)

    December 7th, 2008 by nawezz

    Assalamualaikum teman-teman~ :D
    Memandangkan esok kite akan menyambut Hari Raya Aidilahda, maka dengan itu aku sangat bersemangat pula untuk tulis citer pasal pengorbanan Nabi Ibrahim a.s untuk menyembelih anak beliau iaitu Nabi Ismail a.s, yg mane dari kisah inilah kita orang Islam pun menyembelih lembu/kambing/unta/whatsoever sebagai korban di hari raya ini~ (aku tau ramai dah tau tapi aku nak citer gak! huhu)

    Ade banyak pengorbanan senanye, contohnye pasal die pecah2kan berhala tu sume, pastu api jadik sejuk sume.. banyak! tapi, aku nak cite yang pasal Nabi Ibrahim a.s sembelih Nabi Ismail a.s jek. kekeke

    Okay sume, begini kisahnya..jeng3~

    Nabi Ibrahim a.s ade seorang isteri bernama Siti Hajar. mereka hidup bahagia berdua. tapi, diorang takde anak. bertahun-tahun kahwin tapi takde anak. diorang berase sangat inginkan cahaye mate~ oleh itu Nabi Ibrahim pun berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan seorang anak yang soleh.. dan akhirnya, masa Nabi berumur 86 tahun, dia dapat anak lelaki iaitu Nabi Ismail a.s.. mereka berasa sangat bersyukur..

    Kemudian, Nabi Ibrahim a.s dapat perintah daripada Allah SWT supaya tinggalkan isteri dia, Siti Hajar dan anak kesayangan dia, Nabi Ismail a.s kat sebuah gurun pasir yang tandus. Dah la baru dapat anak, pastu kene tinggalkan isteri dengan anak kt gurun pasir pulak.. T_T tapi demi cinta kepada Allah SWT, Nabi Ibrahim a.s buat jugak..

    (asalnya kat tempat isteri ngan anak dia ditinggalkan tu xde air dan xde orang duduk. pastu wujud punca air zam-zam. dan lama-kelamaan, ramai orang duk kt sekitar tmpt air zam-zam dan buat perkampungan.. so isteri ngn anak nabi tidak kesunyian lagi.. yey) :D
    Setelah sekian lama berpisah, akhirnya, Nabi Ibrahim a.s bertemu balik dengan isteri dan anak dia. gembira sangat. yela, sbb satu-satunya anak yg dia ada. time tu Nabi Ismail a.s dh besar. dan satu hari, Nabi Ibrahim dpt wahyu daripada Allah SWT supaya menyembelih anak kesayangannya itu pulak..

    dengan berat hati, Nabi Ibrahim a.s pun jalankan perintah Allah SWT. dan Nabi Ismail a.s pun rehda jugak. Dengan linangan air mata. Nabi Ibrahim pun meletakkan pisau yang tajam di leher anaknya… Bersiap untuk melakukan segalanya demi pembuktian cintanya pada Allah SWT…Bersiap untuk menyembelih leher puteranya yang begitu ia cinta, demi cinta sejatinya..

    Dan saat itulah, ketika Nabi Ibrahim membuktikan bahawa bagi dirinya, keinginan Allah adalah segalanya..

    Allah menukarkan Nabi Ismail dengan seekor kambing..

    -tammat-

    ————————————————————–

    Apa yang Allah SWT nak tunjukkan melalui kisah ni? apa pengajaran yang kite bleh ambik?

    sebenanarnye, bukan darah Nabi Ismail a.s yg Allah SWT nak.. bukan ketakutan Siti Hajar dan Nabi Ibrahim a.s.. bukan.. bukan.. tapi

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    Itulah maksud Aidiladha yang sebenarnya. bukannya wat korban lembu/kambing banyak2 je. tp kita kena korbankan cinta lain yang ada dalam hati kita jugak. jangan sampai ada cinta yg mengatasi cinta terhadap Allah SWT.. sebab sesungguhnya, hanya cinta Allah SWT cinta yang abadi

    Ingatan untuk semua kawan2 dan untuk diri sendiri jugak.. T_T

    SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA! =)

    special thanks to:

    Pak Firdaus, Abg Faizi (ESQ Training 08)

    Ruli Amirullah , Al-Islam.

    Posted in hari raye la pulak | | |


    3 Responses to ' Aidiladha (disebalik tabir) '

    Subscribe to comments with RSS or TrackBack to ' Aidiladha (disebalik tabir) '.

    1.   arnamee said,

      on December 9th, 2008 at 8:22 pm

      Salam..salam aidiladha..

    2.   nawar said,

      on December 15th, 2008 at 12:47 am

      salam aidiladha!

    3.   bijen moretti said,

      on December 16th, 2008 at 1:04 am

      o0o0o..
      begini ceritanya..
      jeng jeng jeng..

    Leave a reply


  • Archives

  • Recent Posts

  • Recent Comments

  • Live Traffic Feed

  •